Subhanallah! Inilah Petanda Apabila Kucing Datang Kepada Kita

Friday, May 6, 2016 | comments


Disini kami dapat berikan 3 tanda apabila kucing datang kepada kita. Mungkin banyak lagi petanda lain, tetapi inilah yang dapat kami huraikan disini. Antara petanda-petanda tersebut ialah:

1. Contohnya apabila kita sedang makan, terdapat seekor kucing datang kepada kita. Sebenarnya Allah memberi ‘hint’ kepada kita yang makanan kita itu bukan semuanya hak kita, sebaliknya terdapat sebahagian daripada makanan itu ialah rezeki kucing itu. Kerana itulah kucing tersebut datang kepada kita.

2. Anda semua mungkin tahu, apabila kita membuat 1 kebaikan, Allah akan membalasnya dengan 10 kebaikan kepada kita. Apabila kita memberi makan kepada kucing tersebut, Allah akan memperluaskan lagi rezeki kita dengan cara yang tidak disangka-sangka.

3. Jika kita enggan memberi makanan kepada kucing tersebut, sebenarnya kita sedang menolak rezeki lain yang Allah ingin berikan kepada kita. Maksud rezeki ini ialah luas, bukannya wang semata-mata tetapi meliputi semua aspek kehidupan kita.

Jadi, marilah kita sama-sama kongsikan rezeki kita bersama makhluk-makhluknya yang lain. Semoga rezeki kita diperluaskan olehNya. InsyaAllah.

sumber http://myislam.my/

Rezeki Allah Itu Luas

Thursday, May 5, 2016 | comments


Dikurniakan tubuh badan yang sihat oleh Allah Taala adalah satu nikmat kepada manusia. Dengan nikmat tubuh badan yang sihat ini, kita mampu bekerja mencari rezeki, beriadah bersama keluarga, melakukan pelbagai aktiviti kegemaran dan macam-macam lagi.

Berusaha dengan tulang empat kerat untuk mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah memang menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim yang bertakwa. Allah SWT menyeru kita agar bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki sebaik sahaja selesai menunaikan kewajipan dan tuntutan kepadaNya.

Firman Allah SWT: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah al-Jumu’ah, ayat 10) .

Rezeki Allah itu luas…

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.  Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas. Berusahalah dengan jalan sabar, tekun, bertanggungjawab dan bertawakkal kepada Allah. Kadang-kadang kita hanya pandai merungut dan meminta-minta, sedangkan kita belum cukup berusaha. Berusaha dan berdoalah, pasti Allah akan membantu kita. Namun seringkali kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi kehidupan seharian dirasakan tiada perubahan dan makin terhimpit. Berbaik sangkalah dengan Allah, kerana Allah pasti akan memakbulkan doa kita. Mungkin hanya masa yang menentukan, sama ada lambat atau cepat. Ada kala Allah tidak memberi seperti apa yang kita minta kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita.

rezeki allah luas

Rezeki Allah itu luas…

Rezeki bukan hanya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Dianugerahkan dengan anak yang ramai juga merupakan rezeki daripada Allah. Ada sesetengah daripada kita tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lama mendirikan rumahtangga. Beribu-ribu wang dihabiskan, berpuluh pakar ditemui, pelbagai kaedah digunakan tetapi masih belum berhasil. Bersyukurlah dengan nikmat dan rezeki Allah ini kepada yang telah memiliki anak. Kepada yang tiada rezeki anak, mungkin diberikan mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki wang ringgit dan harta benda, mungkin Allah berikan kita dengan rezeki kesihatan. Maka kita lebih gembira dengan kehidupan kita yang sentiasa sihat dan ceria. Jauh dari kerisauan untuk menjaga harta benda. Apa guna memiliki kekayaan melimpah ruah jika tubuh badan tidak sihat? Pasti tidak gembira kan?

Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang memberikan masalah. Maka kita lebih bahagia dan gembira dari membayar kerosakan yang mahal.

Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki memiliki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki dalam bentuk makanan yang tak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dan gembira dari si gelandangan.

Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki pasangan hidup yang cantik, mungkin diberikan rezeki dengan pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana mendapat teman yang menyejukkan hati dan kehidupan berkeluarga sentiasa terjaga.

Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki pada hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada keesokkan hari. Maka kita lebih bahagia dan gembira kerana memperolehi rezeki yang tidak dijangka.

Rezeki Allah itu luas…

Bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Dia Allah yang maha adil lagi maha memberi.

ILMU BUKAN PADA POINTER CGPA

Wednesday, May 4, 2016 | comments

GRED/CGPA VS ILMU
Atas faktor keadaan sekeliling yang mendesak saya untuk berasa terpanggil bagi menyimpulkan pemerhatian saya sejurus tampil mencoretkan penulisan ini buat tatapan semua sahabat-sahabat tentang suatu tajuk yang sangat dikhususkan buat para pelajar.Ini bukan fakta dari mana-mana profesor yang bertauliah. Ini cuma sedikit pendapat peribadi tulus dari hati saya sendiri. Kerana saya juga adalah seorang pelajar.Mungkin apa yang saya terlihat di sudut hati saya, barangkali ia dapat dijadikan sedikit pandangan yang boleh kita renungkan.
Kenapa masih ramai yang mengadu susah untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan, susah menerima ilmu ketika di dalam kelas, tidak dapat menjawab soalan peperiksaan akhir dengan baik? Adakah guru yang ditugaskan mengajar kita ketika itu tidak terlalu cemerlang buat mendidik kita sebagai manusia yang berilmu?
Hidup ini, selain daripada menghabiskan masa tidur dan mengisi perut, kita diciptakan oleh Allah Ta’ala dengan tujuan mencari dan terus mengali di mana kedudukan ilmu itu berada. Kenapa kita perlu hidup untuk belajar?Ramai yang mungkin akan berkata untuk mendapatkan ilmu.Persoalannya  adakah demi mendapatkan ilmu atau sijil,kerja,gred peperiksaan yang baik dan lain-lain?
Lantas bila ditanya hampir kesemua jawapannya menghampiri persamaan tetapi cara dipraktik barangkali akan ada bezanya.Ilmu adalah sesuatu sangat bernilai jika hendak dibandingkan dengan emas atau perak sekalipun. Dengan ilmulah seseorang yang digelar bodoh bertukar menjadi seorang yang bijak,seseorang yang dianggap hina berubah menjadi mulia juga yang tidak mengerti mampu memahami.Ilmu akan meninggikan darjat seseorang :

Firman Allah s.w.t : ” Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . ” ( Al-Mujadalah : 11 )

Allah s.w.t berfirman : Katakanlah Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? “Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )

Sebaliknya,realiti yang berlaku dikalangan para pelajar zaman kini adalah sesuatu yang sangat berbeza dari tuntas tuntutan.Ini kerana ramai pelajar yang menjadikan ilmu sesuatu yang telah diremehkan disebabkan mereka lebih mengutamakan GRED/CGPA peperiksaaan mereka berbanding kefahaman sesebuah ilmu.Walaupun GRED/CGPA itu sesuatu yang patut dianggap penting tetapi itu bukanlah alat untuk mengukur tahap kepandaian seseorang.
Adakah erti kejayaan ditafsirkan dengan pelajar yang tinggi GRED/CGPA sebaliknya kosong ilmu kefahamannya.Seringkali kita tanamkan sifat taksub kita pada harta kekayaan sehingga membuatkan kita lupa di mana titik punca yang seharusnya kita mulakan di dalam erti hakikat sebenar menuntut ilmu. Erti kejayaan yang kita lihat tidak akan menjadi realiti sekiranya kita terlupa dan terleka untuk terus belajar mendapatkan ilmu demi sebuah kefahaman yang patut dihayati serta disusuli dengan cara mempraktikkannya.
Ilmu akan kekal di atas amalan yang berterusan,Lihatlah pada hari ini,setiap pelajar kini sibuk berlumba-lumba mengejar kejayaan untuk lulus dengan jayanya demi mendapatkan sehelai kertas yang bernama sijil kelulusan sehingga sanggup menipu dan meniru di dalam peperiksaan demi kerjaya makan gajinya,rumah dan kereta besarnya disebalik kontang ilmu kefahaman,idea,nilai dan cara fikir dalam memajukan dirinya dan umat .Siapa yang paling bijak menghafal,meniru dan menipu sebelum dan semasa peperiksaan bakal dijanjikan denganGRED/CGPA yang baik.
Apa yang ada pada kelulusan jika kita gagal mengemudi arah tujunya apabila tamat pembelajaran kelak.Belajar memang merupakan tuntutan agama kita. Atas nama tuntutan juga lah jangan kita jadikan ianya diari hidup sebagai melepaskan batuk di tangga. aku sudah belajar, jadi aku serah sepenuhnya pada takdir illahi. Belajar untuk sehelai diploma atau ijazah mungkin boleh kita tempelkan di atas resume ketika memohon pekerjaan. Tapi sampai bila ianya akan berguna untuk diri kita sendiri secara berterusan.
Adakah dengan nilai GRED/CGPA yang tinggi cemerlang itu sudah menjaminkan kejayaan hidup kita dan adakah mereka yang gagal itu sudah di takdirkan hidup di dalam kesusahan.Maka tidak hiranlah jika ada juga yang membunuh diri tatkala gagal di dalam peperiksaan.Jika di tanya bagaimana teknik belajar yang cemerlang, jawapannya mudah sahaja. Sebelum anda memikirkan soal lulus dan gagal, ketahuilah dahulu mengapa anda perlu menjadi seorang pelajar.
“Nilai sekeping kertas bernama sijil akan terhapus jika tercampak di dalam longgokan api, sebaliknya ilmu lebih menjaminkan kesederhanaan jika kita tahu menjiwainya”Hidup atas ilmu bermaksud menjalaninya semata-mata atas jihad kepada Allah.Disini ada juga segelintir golongan agamawan yang menyempitkan keluasan ilmu Islam dalam mempelajari sesuatu ilmu dengan menyatakan fisabilillah itu hanyalah pelajar yang belajar dalam bidang agama seperti usuludin,syariah,tahfiz dll sebaliknya menyatakan pelajar yang bukan daripada bidang tersebut tidak fisabilillah sehingga ada juga yang lebih sempit menyatakan itu adalah ilmu sekular dan barat.Jikalau sakitnya mereka doktorlah juga tempatnya dll.
Secara hakikatnya,itu adalah pendapat yang sangat salah dan barangkali akan menjerumuskan kepada kejatuhan umat Islam.Saya sepenuhnya bersetuju,memang bidang agama patut diiktirafkan dan setiap Muslim wajib mempelajarinya serta ia tidak hanya merujuk kepada pelajar yang mempelajarinya sahaja bahkan keseluruhan Muslim tidak kira apa sahaja bidang seseorang itu kerana ilmu agama adalah asas yang patut ada pada setiap pelajar Muslim dalam mencorakkan nilai kebaikan individu yang terdapat pada seseorang.
Islam bukan kekurangan para pelajar agamawan tetapi kurangnya ilmuwan,cendiakawan,golongan bijak pandai,saintis,intelektual dan pakar-pakar dalam bidang tertentu yang soleh dan memenuhi ciri seorang Muslim demi memajukan umat Islam.
“Dan tidaklah sepatutnya bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); mengapa tidak, sekelompok daripada tiap-tiap puak (kabilah) antara mereka memperdalami ilmu agama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah) “(Surah At-Taubat: 122)
Maka,bagaimana akan hadir semua golongan  ini jika pelajar hanya lebih mengutamakanGRED/CGPA sebagai penentu hidup sebaliknya mengetepikan peranan ilmu secara hakikat.Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk berjihad atas dasar Agama,Bangsa atau apa-apa sahaja berbanding daripada kita belajar tanpa mempunyai kefahaman yang jitu terhadap sesuatu ilmu, belajar sekadar mahu lulus peperiksaan sahaja. Adakah itu berhak untuk dikatakan sebagai seorang pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat?
sumber https://diskusitajdid.wordpress.com

Download Game Basket Terbaru NBA 2K16 Apk Data Update 2016

Tuesday, May 3, 2016 | comments



NBA 2K16 v0.0.21 APK DATA (Mod Money) For Android





Download Game Basket Terbaru NBA 2K16 APK DATA Mod For Android Update 2016 - buat sobat pecinta permainan basket pada kali ini admin akan berbagi game basket untuk android terbaru update 2016.game ini sangat keren sekali saya juga suka bermain game NBA 2K16 tapi ini bukan game favorit saya. game favorit admin adalah PES 2016. ini deskrifsi

El Nino – Buruk Untuk Kita, Baik Untuk Orang Lain?

| comments

cuaca panas

Boleh saya tahu di mana anda tinggal? Tempat tinggal saya di Shah Alam hari-hari panas terik. Sudah agak lama hujan tidak turun. Bahang panas cukup terasa sejak beberapa minggu yang lalu lagi. Dan saya cukup terkesan dengan cuaca panas ini.

Seawal pukul 11 pagi dah mula terasa bahang panasnya. Kipas selalu full blast. Mandi pun agak kerap. Sebab badan terasa tak selesa. Bila dapat mandi, terasa segar sikit. Pokok yang saya tanam dalam pasu, kalau tak disiram sehari, dah macam nak mati pokok tu. At least kena siram 2 kali sehari. Kalau dulu, sehari sekali pun dah ok. Tempat anda bagaimana?

“Bestnya kalau hujan… sejuk sikit.”

Kekadang terkeluar juga dari mulut. Bila difikir balik, beristighfar panjang saya. Segala yang terjadi adalah dengan ketentuan Allah. Ada kebaikan yang Allah nak tunjukkan kepada hamba-hambanya yang berfikir. Allah yang tentukan hujan di tempat yang Dia kehendaki. Dan Allah jualah yang tentukan panas terik di tempat yang Dia kehendaki. Yakinlah cuaca panas yang melanda kita sekarang ini dan El-Nino yang bakal kita hadapi nanti ada hikmahnya jika kita lihat dari sudut yang positif.

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Saya kekadang mengeluh dengan cuaca panas ini. Tetapi saya semakin sedar, kadang-kadang buruk untuk kita, tidak semestinya buruk untuk orang lain. Ada kalanya, apa yang kita rasa buruk, sebenarnya cukup baik untuk orang lain. Seperti cuaca panas terik ini, bagi saya mungkin tak berapa selesa dengan bahang panas seharian. Tetapi bagi peniaga-peniaga terutamanya yang menjual air, mereka sangat bersyukur dengan cuaca panas ini. Dengan cuaca panas inilah yang menyebabkan orang ramai terasa haus dan ingin membeli air minuman daripada mereka. Tidak hairanlah jika keuntungan menjual air menjadi berlipat kali ganda ketika musim panas ini.

Peniaga-peniaga lain juga turut gembira dengan cuaca panas ini. Bayangkan peniaga-peniaga pasar malam atau penjaja di tepi jalan jika hari hujan. Selalunya jualan mereka akan merosot. Dengan cuaca baik, panas seharian dan tidak hujan ini seolah-oleh memberi rezeki lebih untuk mereka.

Pengusaha bisnes cuci kereta juga mendapat manfaat daripada cuaca panas ini. Peratusan orang ramai untuk mencuci kereta ketika cuaca baik dan panas adalah lebih tinggi berbanding hari hujan dan musim tengkujuh. Ini kerana membasuh kereta ketika cuaca baik (panas) adalah lebih tinggi value for money kepada pengguna. Kekadang basuh 2 minggu sekali je. Tapi kereta masih bersih dan cantik.

Sekolah atau taska sangat gembira kerana dapat melaksanakan hari sukan dan aktiviti kokurikulum pada cuaca yang baik begini. Bayangkan jika hari hujan, pasti banyak acara yang terpaksa dibatalkan.

Yang mengadakan jamuan rumah terbuka, kenduri kahwin, kenduri kesyukuran atau apa sahaja keraian pasti tersenyum lebar kerana majlis berjalan lancar dan dapat meraikan para tetamu yang hadir. Jika saya sendiri yang menjadi tuan rumah, pasti saya juga akan berdoa kepada Tuhan agar cuaca sentiasa cerah sepanjang hari. Betul kan?

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Saya mula belajar sesuatu daripada cuaca panas ini. Harap anda juga begitu. Jika ada sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, cuba cari sesuatu yang positif daripadanya. Pasti kita tidak akan mengeluh lagi. Seperti cuaca panas El-Nino ini, sebenarnya ada juga kebaikan. Ada suatu hari tu saya terlewat mencuci pakaian. Agak banyak juga cucian saya pada hari tu. Saya hanya mula menjemur pakaian saya selepas solat Zuhur. Tetapi alhamdulillah, kerana cuaca panas terik ini, kesemua pakaian saya kering ketika saya kutip pada sebelah lewat petang. Nampak tak? Ada kebaikannya kan?

Begitu juga ketika awal pagi. Jika sebelum ini, setiap kali nak mandi mesti kita menggunakan water heater.  Maklumlah sejuk nak mandi awal pagi. Tetapi tidak lagi sekarang ini. Dengan cuaca yang panas menjadikan air paip di rumah kita seperti sedikit suam. Mandi awal pagi tak ON water heater pun tak apa. Sebab air dah suam-suam camtu. Best kan?

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Begitulah jadinya kalau kita memandang sesuatu itu daripada sudut yang positif. Meski pun yang datang kepada kita itu ternyata sesuatu yang buruk. Tidak kisah apa pandangan kita terhadap sesuatu yang buruk itu, kerana apa yang lebih penting adalah  bagaimana kita memandang sesuatu keadaan tersebut. Dan ini yang akan memberikan impak yang lebih baik kepada kita.

Teringat suatu kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz suatu masa dahulu di televisyen. Ada sepasang suami isteri yang mempunyai 2 orang anak lelaki. Si suami seorang yang kaki judi dan kaki botol. Kerana tabiat buruk ini, dia selalu memukul si isteri kerana dah lupa tanggungjawabnya. Perbuatan si suami ini diperhatikan oleh 2 orang anak lelaki mereka. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akhirnya si suami menemui ajal kerana masalah kesihatan. Tidak lama selepas itu, si isteri juga telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Kini tinggal anak lelaki mereka yang yatim piatu.

Dua anak kecil ini membesar. Kini mereka telah dewasa. Seorang daripadanya menjadi ketua samseng dengan menjalankan aktiviti kongsi gelap. Hidupnya penuh dengan dosa dan noda. Bila ditanya kepadanya mengapa dia menjadi sebegini, dia berkata ini disebabkan pengaruh ayahnya yang dilihat sejak kecil. Semua yang buruk itu telah mempengaruhi hidupnya hingga beliau dewasa.

Manakala seorang lagi membesar menjadi seorang peguam yang berjaya. Bila ditanya mengapa beliau menjadi peguam, katanya ini adalah kerana pengalaman semasa kecil melihat ibu mereka dipukul oleh si ayah. Penganiayaan tanpa belas kasihan ini menyebabkan beliau nekad untuk membantu lebih ramai orang di luar sana daripada terus ditindas dan dianiaya apabila beliau dewasa kelak. Itulah yang menjadi faktor pendorong terkuat hingga beliau berjaya mencapai cita-citanya.

Jika kita lihat daripada kisah ini, dua personaliti berbeza telah wujud kesan daripada pengalaman buruk masa silam yang sama. Di sini jelas menunjukkan bahawa bagaimana seseorang itu memandang masalah yang berlaku di depannya akan mempengaruhi kehidupan untuk masa kini dan masa akan datang. Dalam konteks ini, tak penting apa yang dipandang, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana ianya dipandang.

Maaf jika entri ini terlalu panjang. Semoga kita bersama mendapat manfaat. InsyaAllah.

sumber http://www.wazirmalik.com/

5 Amalan Pembuka Pintu Rezeki, InsyaAllah

Monday, May 2, 2016 | comments


1. Berdoa kepada Allah

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa memohn rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita tidak melakukannya?

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” [HR. Ahmad]

2. Perbanyak istighfar dan taubat

Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah memperbanyak istighfar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam mengucapkan istigfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari. Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Allah menjelaskan lebih detail mengenai hubungan rezeki dengan istighfar seperti dalam ayat diatas. Didukung dengan hadits nabi yang menyatakan hal yang sama.

Disebutkan dalam suatu hadis:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. ) (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

3. Menyambung silaturahmi.

Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan menyambung silaturahmi kepada kerabat. Silaturahmi di sini bukan dalam erti berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan yang baik dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.

Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil sehingga sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya. Dijelaskan dalam sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi memperpanjang umur dan memperbanyak rezeki.

“Siapa yang bertakwa kepada Rabbnya dan menyambung silaturahmi nescaya akan diperpanjang umurnya dan hartanya akan diperbanyak, serta keluarganya akan mencintainya.” [HR Bukhari: hadis no. 58]

4. Perbanyak sedekah.

Sedekah atau sedekah bboleh dilakukan dengan wang mahupun makanan, diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.

Dari Asma’ binti Abu Bakar berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bahawa:

“Janganlah engkau menyimpan harta tanpa menyedekahkannya, jika tidak maka Allah akan menahan rezeki untukmu.”

Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar bersedekah. Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula Allah memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk sedekah kerana mengetahui keutamaannya.

Allah Akan Mnggantikan Harta Orang yang Bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Solat dhuha 

Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu dhuha. Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit sebelum masuk waktu zuhur.

Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di badan ini dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh dibayar dengan solat dhuha.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.” [HR Muslim 1181]

Memang tidak dijelaskan secara jelas hubungan solat dhuha dan rezeki. Akan tetapi kita boleh mengambil kesimpulan bahawa solat dhuha sama dengan sedekah

Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh kita lakukan jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan bagi kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata, akan tetapi akhirat yang diutamakan;.

Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan ikhlas dan mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya di dunia maka bersyukurlah.

Pentingnya Sanad Seorang Guru

| comments

Berkatilah Umur Dengan 4 Perkara

Apakah itu sanad?

Sanad adalah silsilah atau rantai yang menyambungkan kita dengan yang sebelum kita, hubungan, sanad adalah hubungan kalau secara bahasa sanad adalah sesuatu yang berkaitan kepada sesuatu yang lain atau sesuatu yang bertumpu pada sesuatu yang lain, tapi didalam maknanya ini secara istilahi adalah bersambungnya ikatan bathin kita , bersambungnya ikatan perkenalan kita dengan orang lain, sebahagian besar adalah guru-guru kita yaitu orang yang dijadikan guru sanadnya atau hadits, sanad hadits misalnya mengambil dari fulan, dari fulan, dari fulan itu salah satu contoh sanad dan sanad kita sanad keguruan dari guru saya , guru saya dari gurunya, dari gurunya, dari gurunya, sehingga Rasul sollallahu 'alaihi wasallam atau dari saya bermazhabkan Syafie kerana guru saya bermazhab Syafie, saya ikut guru saya, guru saya ikut guru nya mahzabnya Syafie terus sampai ke imam Syafie itu sanad namanya.

Imam mazhab dari guru lebih berhak di ikuti dari pada melihat hanya dari buku atau dari internet saja, orang yang berguru tidak kepada guru tetapi kepada buku sahaja maka ia tidak akan menemui kesalahannya kerana buku tidak boleh menegur tapi kalau guru boleh menegur jika dia salah atau jika dia tak faham ia boleh bertanya, tapi kalau buku jika dia tak faham, dia hanya terikat dengan pemahaman dirinya, maka oleh sebab itu jadi tidak boleh baca dari buku, tentunya boleh baca buku apa saja boleh, namun kita harus mempunyai satu guru yang kita boleh bertanya jika kita mendapatkan masalah.

Ibnul Mubarak berkata: "Sanad merupakan bahagian dari agama, kalaulah bukan kerana sanad, maka pasti akan berkata siapa saja yang mahu dengan apa saja yang diinginkannya (dengan akal fikirannya sendiri)." (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muqoddimah kitab Shahihnya 1/47 no : 32)

Imam Malik r.a berkata: "Janganlah engkau membawa ilmu (yang kau pelajari) dari orang yang tidak engkau ketahui catatan (riwayat) pendidikannya (sanad ilmu)

http://www.islamituindah.my/
 
Copyright © 2013. IPA SMP
Template Created by IPA SMP