Tembok Besar Cina, Dinding yang Dibuat Oleh Iskandar Zulkarnain?

Thursday, June 23, 2016 | comments

tembok besar china

Tembok besar China dengan dinding yang dibuat oleh Dzul Qarnain terdapat banyak perbezaan.

Tentu kita mengetahui bahawa pada suatu saat nanti akan hadir Ya'juz dan Ma'juz yang akan membawa malapetaka bagi manusia. Di mana, ia menginginkan agar manusia berada dalam kesesatan. Jauh sebelum itu terjadi Dzul Qarnain, pemimpin yang adil dan bijaksana berusaha melindungi rakyatnya dari Ya'juz dan Ma'juz. Maka, dibangunlah dinding penghalang.

Diriwayatkan bahawa sudah ada manusia yang melihat dinding tersebut. Dan ada yang mengatakan bahawa dinding yang dibina Dzul Qarnain adalah tembok besar China. Benarkah demikian?

Terdapat banyak perbezaan antara dinding yang dibina Dzul Qarnain dengan tembok besar China.

1. Dinding itu dibina oleh Dzul Qarnain untuk menahan serangan Ya'juz dan Ma'juz. Sedangkan tembok besar China dibina oleh para maharaja China untuk melindungi kerajaan mereka.

2. Bahkan baku dinding Ya'juz dan Ma'juz, sebagaimana disebutkan oleh ayat Al-Quran adalah besi dan timah. Sedangkan bahan mentah tembok besar China adalah batu bata dan pelekat.

3. Dinding Ya'juz dan Ma'juz dibina di antara dua gunung untuk menutup mulut lembah yang menjadi satu-satunya jalan di antara keduanya. Sedangkan tembok China dibina di puncak-puncak gunung untuk menutup banyak jalan, dan memanjang beribu-ribu batu dan timur hingga barat China.

4. Dinding Ya'juz dan Ma'juz tidak dapat ditembusi, kecuali atas kehendak Allah di akhir zaman nanti. sedangkan tembok China sudah rapuh dan runtuh beberapa titik. Sehingga, orang-orang pun boleh keluar masuk melalui bahagian-bahagian yang runtuh itu. Malah, beberapa bahagiannya sudah dirosakkan oleh orang-orang.

Maka, boleh dikatakan bahawa kemungkinan besar, tembok besar China bukanlah dinding yang dibuat oleh Dzul Qarnain untuk Ya'juz dan Ma'juz. []

Rujukan: Kiamat Sudah Dekat? / Karya: Dr. Muhammad Al-'Areifi / Penerbit: Qisthi Press

sumber islampos.com

Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2013. IPA SMP
Template Created by IPA SMP